Funky Fresh Studios Dan JD Sports Malaysia Bergabung Tenaga Anjur Junior Dance Camp 2019

logo
logo

Funky Fresh Studios Dan JD Sports Malaysia Bergabung Tenaga Anjur Junior Dance Camp 2019


By: Del14 
2019-11-20T16:24:08

Mahu menari seperti penari cilik Armani Kowachee? Kini anda juga boleh belajar cara-cara ekspresi diri melalui tarian hip hop seperti Armani yang juga merupakan duta termuda JD Sports Malaysia (JDS) dan sering membuat persembahan di atas pentas, dan video muzik selebriti Malaysia. 

Funky Fresh Studios (FFS) dengan kerjasama JDS akan menganjurkan buat julung kalinya Junior Dance Camp 2019 (JDC 2019) yang akan diadakan di REVER, Life Centre Kuala Lumpur pada 30 November hingga 1 Disember 2019. Advertisement

Bertujuan untuk mencungkil bakat dan minat kanak-kanak dan remaja berusia dari 7 hingga 17 tahun di dalam tarian Hip Hop dan koreografi, FFS telah mengaturkan beberapa tenaga pengajar yang hebat dan terkenal di dalam bidang tarian hip hop di Malaysia untuk menyumbang bakat dan pengalaman mereka di JDC 2019 seperti Faruq Suhaimi, Racheal Law, Nasty Aus, Danial Hisham, Peot Walawei, Beat My Bois, Daztenacity dan Armani Kowachee sendiri. 

Ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran JDC 2019 di pusat membeli-belah The Curve semalam, Pengarah Urusan Funky Fresh Entertainment Network, Siti Hadzrah Abdul Rahim berkata “Kami berharap JDC 2019 akan menjadi platform yang berterusan yang mampu mencungkil bakat kanak-kanak yang bertaraf bintang seperti Armani dan menyediakan ruang bagi mereka mencapai impian di dalam bidang tarian secara profesional satu hari nanti.”

Armani turut menghiburkan tetamu yang hadir dengan tarian yang sungguh mengujakan sehingga kami tidak percaya yang dia baharu berusia 10 tahun!

Majlis sidang media itu turut dihiburkan dengan persembahan bertenaga dari teraju kumpulan hip hop Malaysia, NICO G yang mendendangkan dua lagu dari album terbaharu mereka ‘Black Edition Vol.1’ iaitu ‘KGB’ dan ‘Siaga’. 

Sebarang info lanjut boleh didapati di www.juniordancecamp.com  atau laman instagram  mereka @junior.dance.camp.

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *